Monday, February 2, 2009

Pengenalan Diri Saya



















Assalamualaikum...

Ini adalah entry pertama saya. Saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya merupakan anak kedua daripada 2 orang adik beradik. Saya mempunyai seorang kakak.

Pada ketika ini, saya belajar di SK Saujana Utama dalam tahun 2 Fitrah. Saya juga bersekolah di Kafa Integrasi Darul Syahadah pada sebelah pagi. Di KIDAS, saya belajar di kelas 2 Ibnu Sina.

Hobi saya pada waktu lapang ialah melukis dan bermain komputer. Hobi terbaru saya adalah blogging. Makanan kesukaan saya ialah Nasi Ayam manakala minuman kegemaran saya ialah milo ais dan sirap.

Saya bercita-cita untuk menjadi guru apabila saya susah besar kelak. Oleh kerana itu, saya mesti belajar rajin-rajin bagi mencapai cita-cita murni saya tersebut.

Saya mempunyai kawan baik bernama Maisarah, Puteri Sofea dan Farhana. Mereka merupakan jiran-jiran saya juga. Saya berharap kami akan terus berkawan baik selamanya.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.

6 comments:

  1. kat kidas aleeya sama kelas ngan anak cik mimie... aiman mokhtar.. kenal tak? hehehe

    ReplyDelete
  2. aleeya aunty nk tnya maisarah tu anak aunty ke? he3x..ke Maisarah yg lain ni?

    ReplyDelete
  3. huhu..hebat2x..skema tul ayat dia..keke..kalu amik peksa mesti dpt A nie...

    ReplyDelete
  4. eee comellah adik ni... makcik belum ada anak perempuan lagi...Selamat Maju Jaya...

    ReplyDelete