Monday, February 9, 2009

Percutian terindah saya

Pada cuti hari Thaipusam yang lalu, saya dan keluarga sempat berkunjung ke Taman Tema Genting Highland. Menurut ibu, kami pernah ke sana semasa saya berumur 3 tahun, tapi saya tidak ingat. Dari rumah kami menaiki kereta sehingga ke stesen kereta kabel (skyway) di Gohtong Jaya. Kami naik ke Genting Highland menaiki kereta kabel. Walapun pernah menaikinya tapi saya masih agak gentar.

Tempat pertama yang dikunjungi adalah Snow World. Semasa kunjungan kali pertama dahulu saya tidak dapat masuk ke sini kerana masih di bawah umur. Pada ketika itu hanya kakak dan ayah saya yang masuk. Saya merasa terkilan kerana tidak dibenarkan bermain luncur salji kerana keadaan yang agak berbahaya. Kakak saya sempat bermain dan kemudiannya mengadu sakit di bahagian belakang kerana terhentak. Kasihan kakak saya.

Kemudian ayah membelikan tiket untuk ke indoor & outdoor theme park. Kami bermain beberapa permainan yang ada di antaranya agak menakutkan saya kerana ketinggian dan gayat. Kami memasuki "Haunted House" tapi tidak bersetuju untuk "ditakutkan". Walaupun begitu, masih ada 'hantu' yang cuba mengusik kami. Saya dan kakak merasa sedikit takut.

Kami juga sempat melihat persembaan "Lion Dance" sebanyak 2 kali. Saya sangat tertarik dengan persembahan tersebut. Pada pukul 9 malam, kami menonton "magic show" gabungan dari negara Italy dan Rusia berjudul "Dreamz" yang juga menampilkan persembahan haiwan liar seperti harimau putih, singa putih, beruang dan harimau.

Sebelum pulang, kami sekali lagi menaiki roller coster. Kami turun ke bawah dengan menaiki cable car pada pukul 11 malam. Sebaik saja masuk ke dalam kereta saya terus terlelap kerana kepenatan. Walaupun letih tapi saya sungguh gembira dengan percutian yang indah ini. Terima kasih ayah kerana membawa saya ke sini !

Berikut beberapa gambar kenangan semasa di sana :-

































































































Monday, February 2, 2009

Pengenalan Diri Saya



















Assalamualaikum...

Ini adalah entry pertama saya. Saya ingin memperkenalkan diri saya. Saya merupakan anak kedua daripada 2 orang adik beradik. Saya mempunyai seorang kakak.

Pada ketika ini, saya belajar di SK Saujana Utama dalam tahun 2 Fitrah. Saya juga bersekolah di Kafa Integrasi Darul Syahadah pada sebelah pagi. Di KIDAS, saya belajar di kelas 2 Ibnu Sina.

Hobi saya pada waktu lapang ialah melukis dan bermain komputer. Hobi terbaru saya adalah blogging. Makanan kesukaan saya ialah Nasi Ayam manakala minuman kegemaran saya ialah milo ais dan sirap.

Saya bercita-cita untuk menjadi guru apabila saya susah besar kelak. Oleh kerana itu, saya mesti belajar rajin-rajin bagi mencapai cita-cita murni saya tersebut.

Saya mempunyai kawan baik bernama Maisarah, Puteri Sofea dan Farhana. Mereka merupakan jiran-jiran saya juga. Saya berharap kami akan terus berkawan baik selamanya.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.