Tempat pertama yang dikunjungi adalah Snow World. Semasa kunjungan kali pertama dahulu saya tidak dapat masuk ke sini kerana masih di bawah umur. Pada ketika itu hanya kakak dan ayah saya yang masuk. Saya merasa terkilan kerana tidak dibenarkan bermain luncur salji kerana keadaan yang agak berbahaya. Kakak saya sempat bermain dan kemudiannya mengadu sakit di bahagian belakang kerana terhentak. Kasihan kakak saya.
Kemudian ayah membelikan tiket untuk ke indoor & outdoor theme park. Kami bermain beberapa permainan yang ada di antaranya agak menakutkan saya kerana ketinggian dan gayat. Kami memasuki "Haunted House" tapi tidak bersetuju untuk "ditakutkan". Walaupun begitu, masih ada 'hantu' yang cuba mengusik kami. Saya dan kakak merasa sedikit takut.
Kami juga sempat melihat persembaan "Lion Dance" sebanyak 2 kali. Saya sangat tertarik dengan persembahan tersebut. Pada pukul 9 malam, kami menonton "magic show" gabungan dari negara Italy dan Rusia berjudul "Dreamz" yang juga menampilkan persembahan haiwan liar seperti harimau putih, singa putih, beruang dan harimau.
Sebelum pulang, kami sekali lagi menaiki roller coster. Kami turun ke bawah dengan menaiki cable car pada pukul 11 malam. Sebaik saja masuk ke dalam kereta saya terus terlelap kerana kepenatan. Walaupun letih tapi saya sungguh gembira dengan percutian yang indah ini. Terima kasih ayah kerana membawa saya ke sini !
Berikut beberapa gambar kenangan semasa di sana :-



